Monday 18 November 2019

Ekzema Boleh Sembuh ke? Ye Boleh.

Assalamualaikum semua. Sihat ke? Semoga kalian baik-baik je. Semoga Allah lindung selalu. Hari Isnin permulaan hari yang sangat mencabar haha. Post kali ini berkenaan dengan EKZEMA kepada bayi/baby. Dan untuk pengetahuan semua ia berlaku kepada Maryam. Cuma nya pada peringkat awal dan tidak kritikal (MILD ECZEMA).



Apa itu EKZEMA?

Ekzema ni penyakit kulit yang boleh menyebabkan gatal-gatal. Bagi ramai orang, gatal biasanya hanya ringan, atau sederhana. Tetapi dalam beberapa kes, ia boleh menjadi lebih teruk dan anda mungkin mengalami kulit yang sangat meradang, tompok kulit yang kasar, keras atau cerah. (Sumber : Google (ada sikit tambahan perkataan tanpa mengubah maksud sebenar))

Punca Ekzema?

Actually ia tiada specific punca. Cumanya ada juga yang kata ia boleh terjadi oleh kerana persekitaran rumah. Sebagai contoh, kita punya carpet, lantai tak sapu, kipas penuh dengan habuk/debu dan sebagainya. Jadi kena rajin lah kemas rumah ye. Dan ada juga yang kata minyak wangi parents pakai pun boleh menyumbang kepada ekzema. Wallahualam.

Maryam kena MILD ECZEMA

Maryam kena MILD ECZEMA pada usia 4 bulan. Tanda dia adalah ruam atau kulit kasar kemerahan di setiap pelipat sebagai contoh leher, pelipat tangan, pelipat kaki dan kawasan sulit. Saya dan isteri terkejut lah sebab ingat ruam biasa. Bila Doktor kata Maryam ada MILD ECZEMA, saya terus cari jalan penyelesaian. Kaedah rawatan, pemakanan (jangan makan udang) dan sebagainya.

Doktor ada bagi krim putih, elok tapi steroid. Kuat betul bau dia. Oh ya Ekzema ni on off tau. Kejap ada kejap takde. Tapi kalau dapat ubat yang betul, in shaa Allah dengan izin Allah boleh hilang.

Sampai lah satu hari tu Sarah, kakak ipar saya mengesyorkan saya kepada satu produk/ubat yang mungkin boleh merawat Maryam. Apa produk/ubat tu? Ianya adalah VIPROLABS!

Viprolabs ni BERKESAN ke?



Saya ambik SET PETITE ni sebab Maryam Ekzema kering. Peringkat awal dan kalau biarkan boleh jadi teruk. Dia ada set-set dia ikut tahap Ekzema baby.

Alhamduliilah tak sampai 3 hari pakai, Maryam sudah pulih sepenuhnya. Dengan syarat ikut guidelines yang diberikan. Semua ini dengan izin Allah. MashaAllah! Takbir!!

Maryam dah tak garu dah pelipat tangan/kaki dan badan. Biasanya Maryam lepas mandi agak sukar sikit nak siapkan dia sebab dia gatal. Kesian nya Maryam. Nasib baik ada VIPROLABS. Alhamdulillah. Plus kulit Maryam sangat licin. Floles gitu!

Di Mana Boleh Dapatkan Viprolabs ni?

Okay senang je. Boleh whatsapp/call 013 201 9024 Ika untuk tau dengan lebih lanjut. Di Fb pun ada kot kalau nak singgah. https://www.facebook.com/norzulaikaKamarulzaman/

Saya kongsi pengalaman ni dan sangat mengharapkan dapat memberi manfaat buat ibu bapa diluar sana yang tercari-cari ubat/penawar untuk merawat EKZEMA. Jaga diri selalu dan terima kasih luang masa baca pengalaman saya. Kalau sudi, share lah agar sama-sama dapat manfaat.

Doakan saya dan keluarga.

Assalamualaikum.

Wednesday 13 November 2019

Khatan Maryam di Klinik Ajwa, Seksyen 15 Shah Alam

Assalamualaikum semua. Semoga semuanya baik-baik je in shaa Allah. Baru ada masa nak update blog setelah busy 3 bulan lebih ni haha. Okay harini saya just nak share pengalaman saya dan isteri bawa Maryam khatan di Klinik Ajwa.

Buat pengetahuan semua, Maryam dah pun berusia 5 bulan 21 hari. Saya dan isteri decide nak khatankan Maryam terus. Sudah tiba masanya. Aisehhhhhh. Jom start.

Kenapa Klinik Ajwa jadi pilihan kami?

The reason is sebab teknik khatan tu sendiri. Di Klinik Ajwa, mereka menggunakan JARUM, berbeza dengan klinik lain yang mana ada juga yang menggunakan GUNTING, PISAU dan sebagainya. Pada saya jarum selamat sikit. Tu just my personal opinion.

Proses Khatan di Klinik Ajwa, Seksyen 15 Shah Alam.

1. Pendaftaran

Nurse yang bertugas akan minta MyKid bayi atau Birth Cert untuk urusan pendaftaran. Okay, sebelum urusan pendaftaran ni berlaku nurse akan buat confirmation dulu samada doktor available ke tidak untuk khatankan bayi. Kalau available, terus proceed for registration. Gambar bawah ni sementara nurse fill in the form. Amacam muka Maryam sama tak dengan Papa dia???? Wajib cakap SAMA.



2. Tunggu No. Giliran

Lepas je daftar, nurse akan bagi no. giliran. So jangan risau tak lama pun tunggu sekejap je.Tu yang best tu kat Klinik Ajwa ni. Tapi kalau ada luck tak ramai patients, memang sangat sekejap proses menunggu tu. Kalau ramai, sabar ye sesungguhnya sabar itu separuh daripada IMAN.



3. Proses Khatankan Maryam, bermula.

Saya dapat Dr Nurul. Memang sangat peramah Dr Nurul ni. Aisehh dah nama macam kakak saya lah pula haha. Dr akan tanya bayi dah ada vitamin K ke belum apa semua. Short consultation je before proceed to khatan process. Saya kena sign surat yang menyatakan bahawa saya membenarkan Dr Nurul menjalankan proses berkhatan. The most IMPORTANT THING is di Klinik Ajwa ni Dr hanya menerima bayi bawah Satu (1) Tahun Enam (6) Bulan sahaja untuk dikhatankan.

Okay sebenarnya ada syarat tau untuk menentukan proses khatankan bayi perempuan berjaya atau tidak. syarat khatan bagi bayi perempuan ni sebenarnya adalah untuk bagi bleeding sikit je. Then kalau dah bleeding tu dah okay dah. Macam cucuk jarum je. Suprisingly guys Maryam langsung tak menangis. Fuhhh hebat betul anak papa ni! Sekejap sangat proses khatankan Maryam ni. Tak sampai 3 minit pun tambah tolak.



Dalam bilik Dr ni, dilarang rakam video tau. Ambil gambar je boleh. Tu yang best tu. Boleh abadikan dalam kenangan. Alamak macam lagu Siti Sarah & Jamal Abdillah lah pula. Haha.

4. Pembayaran

Okay korang mesti nak tau berapa caj dia kan? Murah je cuma RM40.00 je. Murah bukan? Semestinya murah. Nah resit saya attach kan.



Dah selesai. Alhamdulillah. So saya harap perkongsian saya ni sedikit sebanyak dapat membantu parents yang nak khatankan bayi mereka di Klinik Ajwa Seksyen 15, Shah Alam. Sangat recommended.



Saya akhiri perkongsian saya dengan gambar interior Klinik Ajwa. Selamat membaca!

Doakan keluarga kecil saya.



Monday 15 July 2019

Cara Basuh Uri Dengan Betul dan Bersih

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Semoga yang baik-baik buat semua. Saya baru je siap makan apa semua then feel free nak blogging. Nak share ilmu sikit kepada semua. Sementara menaip ni Labuda jaga Maryam. Hehe.

Okay. Post kali ini adalah kesinambungan daripada post sebelum ini berkenaan dengan post 'Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam'. Pada yang dah baca saya ucapkan terima kasih banyak-banyak dan diharapkan agar dapat manfaat daripadanya.

Saya bukan lah ustaz atau orang yang mahir bab agama, tapi cuma ingin berkongsi pengalaman saya basuh uri buat pertama kali dalam hidup saya. Sepanjang tempoh mengandung Labuda, selain menjaga emosinya saya juga ringan tangan menimba ilmu daripada ustaz, mak, orang-orang yang berpengalaman dan pakcik GOOGLE dalam mengendalikan URI selepas kelahiran bayi.



Cantik kan nurse Hospital Shah Alam balut URI Maryam? Gambar ni saya ambik masa nak start basuh URI. Actually dia dibalut bersama dengan plastik. Pertama kali saya pegang URI adalah selepas beberapa minit saya keluar dari LABOUR ROOM iaitu sekitar pukul 10.30pm. Labuda deliver pukul 9.36pm . Gembira campur sebak perasaan. Alhamdulillah.

Pada malam tu Labuda warded dan saya perlu balik. Saya pun bawalah URI Maryam balik dan cepat-cepat masukkan dalam peti ais.

URI MARYAM PERLU DIBASUH DAN DIBERSIHKAN DENGAN SEGERA

Saya basuh URI Maryam keesokan paginya. Bahan yang saya sedikan adalah CUKA, ASAM JAWA dan GARAM. Bahan lain seperti limau boleh juga nak guna terpulang as long as URI yang dibasuh itu bersih dan tidak berbau.
Saya ambil masa 1 jam 10 minit untuk basuh URI Maryam. Punya lah teliti. HAHAHA. Kaedah dia senang je. Untuk garam cuma taburkan keatas dan kebawah permukaan URI dan gosok ikut lawan jam. Manakala asam jawa, campur kan sedikit air dan masukkan air asam jawa tadi di celah belahan URI serta picitkan URI tadi tu secara perlahan agar darah dapat keluar. Penggunaan cuka sama seperti garam tadi. Ulang kaedah ini beberapa kali. Yang penting, darah berkurang dan tidak berbau. Sambil basuh tu jangan dengar lagu pula. Baca fatihah, 3 qul dan selawat banyak-banyak.

Ini URI Maryam yang selesai dibasuh dan dibalut dengan kain.


Selepas balut URI Maryam, aktiviti menggali tanah bermula. Saya gali dalam sikit supaya anjing tak dapat bau dan tanam secepat yang mungkin. Phewwwwwww.







Setakat ni faham tak? Kalau faham Alhamdulillah. Kalau belum faham saya 'summarize' kan ye.

Berikut adalah langkah yang saya ambil bagi mengendalikan URI Maryam dari saat pertama saya dapat sehingga lah saat menanam URI Maryam.

1. Masukkan URI dalam peti ais (Freezer) dan asingkan URI dengan makanan mentah yang lain. (Kes saya Labuda bersalin malam, tu yang masuk freezer dulu esok nya tanam)

2. Sediakan cuka, asam jawa dan garam.

3. Basuh URI dengan bahan diatas berulang kali sehingga hilang darah, bau dan mestilah bersih.

4. Cari tempat yang sesuai untuk tanam URI bagi mengelakkan binatang liar seperti anjing dapat mengesan bau URI.

5. Gali sedalam yang mungkin.

6. Letakkan URI yang siap dibasuh dan dibalut dengan kain kedalam lubang yang digali tadi.

7. Timbus lubang dengan tanah.

8. Letakkan batu keatas tanah yang ditimbus.

Sekian sahaja perkongsian ilmu tentang macam mana saya kendalikan URI atas nasihat orang yang berpengalaman. In shaa Allah semoga bermanfaat.

Doakan keluarga saya.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Thursday 11 July 2019

Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Semoga kalian baik-baik aje. Fuhh setelah 2 Tahun baru nak update balik blog ni. Busy bebenor gamaknye.

Sementara tunggu kain selesai dibasuh kat dapur tu saya nak share pengalaman saya bawa isteri bersalin di HOSPITAL SHAH ALAM (HSA). Jom mula.

Nama saya Azwan. Nama isteri saya Labuda. Pada 22.5.2019 (Rabu) adalah tarikh Labuda bersalin. Labuda dijangka bersalin sebenarnya pada 28.5.2019 which is sehari selepas birthday saya haha. Kami memang dari awal decide nak bersalin di Hospital Shah Alam (HSA). Sebenarnya Labuda yang request bersalin kat situ. Murah dan banyak doktor pakar. So secure sikit lah.

Untuk pengetahuan semua, tarikh tu dalam bulan puasa. 17 Ramadan 1440H. Nuzul Quran. Okay jom teruskan.

Pagi 22.5.19 tu saya dan Labuda buat senaman jalan itik. Orang kata senaman tu akan memudahkan orang mengandung ni cepat buka bukaan nya. Memang betul. Beberapa minit selepas senaman tu terus ada major hint yang BABY kami nak keluar dahh. MashaAllah! Sebenarnya semalam tu dah ada minor hint dah. Bila perasan dah ada major hint tu kami excited. Terus decide nak ke hospital tapi singgah dulu MYDIN Seksyen 18 beli barang. Kahkah. Sempat lagi tu.

UNIT KECEMASAN HSA DAN TINGKAT 4

11am sampai di HSA. Check apa semua Labuda warded dah 12pm tu. Sebab bukaan dah 4cm. Wad dia tingkat 4 sementara tunggu nak deliver. From that mula lah 'CONTRACTION PAIN LABUDA"!!! Scary wehhh. Labuda pun tukar baju HSA baju pink tu tunggu dan terus tunggu untuk deliver. Untuk saya kena tunggu kat waiting area khas untuk para SUAMI. Juga di tingkat 4.

Ini gambar kat waiting area para suami.



So saya tunggu Labuda kat sini dari pukul 1pm sampai 8.30pm. Perhhhh lama kot. During that time lah macam macam saya baca untuk memudahkan Labuda bersalin. Memang selesa kat waiting area suami ni. Kat sini para suami sahaja boleh masuk. Family atau kenalan dilarang masuk. So take note ya pada para suami. Kat sini juga soket untuk charge phone terhad. Sape cepat dia dapat. Better suami bawa power bank.

Tepat jam 8.30pm nurse panggil guna speaker, 'Suami kepada Puan Labuda sila masuk dalam Labour Room'. Alhamdulillah rezeki dapat masuk labour room temankan Labuda. Ada kes suami nurse tak panggil tau untuk temankan isteri. Mungkin ada sebab dia. Labour room penuh ke. Terpaksa bersalin atas katil sementara tunggu ke Labour Room. Jadi, para suami isteri ni kena doa banyak-banyak supaya Labour Room tak penuh dan ada katil ye.

Alhamdulillah rezeki Labuda dapat Labour Room dan katil. Saya dalam labour room usah kata lah best ke pengalamannya. Jawapan dia memang best lah hahaha. 1st time kot. Tu yang nak pitam tu bukan sebab takut darah, tapi sebab takde tenaga. Buka puasa haritu cuma kurma dan air kosong. Lepas saya bagi kata-kata semangat dan motivasi kepada Labuda, alhamdulillah tepat jam 9.36pm 22.5.2019 bersamaan 17 Ramadan 1440H lahir lah baby kami secara normal. Syukurrrrrr! Takbir!!!

WAD BERSALIN TINGKAT 8

Lepas Labuda selamat bersalin, settle baby apa semua Labuda kena warded di Tingkat 8. Alhamdulillah rezeki Labuda lagi sekali dapat wad Kelas 3 yang 1 bilik ada 2 katil. Macam VIP gitu. Hehehe. Bawah ni gambar dalam wad tu. Memang SELESA! Makanan dia pun okay juga cuma ada makanan yang dihantar tak boleh makan sebab dah start berpantang. Labuda warded selepas bersalin tu semalaman je esok dah boleh discaj.



Jadi boleh nampak kan selesa tak selesa dalam gambar tu. Alhamdulillah.

KOS KESELURUHAN LABUDA

Tepat jam 8.50pm 23.5.2019, Labuda boleh discaj. Mesti nak tahu kan berapa kos dia? Memang sangat berbaloi. Memang betul rezeki Labuda.



KOS SEBENAR: RM3,753.00

KOS DIBAYAR: RM40.00

Boleh nampak perbezaan kos sebenar dan kos yang perlu dibayar. Memang berbaloi baloi!!!! Hehehe.

Kepada sesiapa yang ada perancangan nak bersalin di HSA ni, digalakkan untuk jadikan post ni sebagai panduan. Semoga bermanfaat. Doakan keluarga kecil saya ye. Next entry saya akan share pasal Cara Basuh dan Tanam Uri. Stay tuned!

Assalamualaikum dan selamat malam.