Thursday 11 July 2019

Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Semoga kalian baik-baik aje. Fuhh setelah 2 Tahun baru nak update balik blog ni. Busy bebenor gamaknye.

Sementara tunggu kain selesai dibasuh kat dapur tu saya nak share pengalaman saya bawa isteri bersalin di HOSPITAL SHAH ALAM (HSA). Jom mula.

Nama saya Azwan. Nama isteri saya Labuda. Pada 22.5.2019 (Rabu) adalah tarikh Labuda bersalin. Labuda dijangka bersalin sebenarnya pada 28.5.2019 which is sehari selepas birthday saya haha. Kami memang dari awal decide nak bersalin di Hospital Shah Alam (HSA). Sebenarnya Labuda yang request bersalin kat situ. Murah dan banyak doktor pakar. So secure sikit lah.

Untuk pengetahuan semua, tarikh tu dalam bulan puasa. 17 Ramadan 1440H. Nuzul Quran. Okay jom teruskan.

Pagi 22.5.19 tu saya dan Labuda buat senaman jalan itik. Orang kata senaman tu akan memudahkan orang mengandung ni cepat buka bukaan nya. Memang betul. Beberapa minit selepas senaman tu terus ada major hint yang BABY kami nak keluar dahh. MashaAllah! Sebenarnya semalam tu dah ada minor hint dah. Bila perasan dah ada major hint tu kami excited. Terus decide nak ke hospital tapi singgah dulu MYDIN Seksyen 18 beli barang. Kahkah. Sempat lagi tu.

UNIT KECEMASAN HSA DAN TINGKAT 4

11am sampai di HSA. Check apa semua Labuda warded dah 12pm tu. Sebab bukaan dah 4cm. Wad dia tingkat 4 sementara tunggu nak deliver. From that mula lah 'CONTRACTION PAIN LABUDA"!!! Scary wehhh. Labuda pun tukar baju HSA baju pink tu tunggu dan terus tunggu untuk deliver. Untuk saya kena tunggu kat waiting area khas untuk para SUAMI. Juga di tingkat 4.

Ini gambar kat waiting area para suami.



So saya tunggu Labuda kat sini dari pukul 1pm sampai 8.30pm. Perhhhh lama kot. During that time lah macam macam saya baca untuk memudahkan Labuda bersalin. Memang selesa kat waiting area suami ni. Kat sini para suami sahaja boleh masuk. Family atau kenalan dilarang masuk. So take note ya pada para suami. Kat sini juga soket untuk charge phone terhad. Sape cepat dia dapat. Better suami bawa power bank.

Tepat jam 8.30pm nurse panggil guna speaker, 'Suami kepada Puan Labuda sila masuk dalam Labour Room'. Alhamdulillah rezeki dapat masuk labour room temankan Labuda. Ada kes suami nurse tak panggil tau untuk temankan isteri. Mungkin ada sebab dia. Labour room penuh ke. Terpaksa bersalin atas katil sementara tunggu ke Labour Room. Jadi, para suami isteri ni kena doa banyak-banyak supaya Labour Room tak penuh dan ada katil ye.

Alhamdulillah rezeki Labuda dapat Labour Room dan katil. Saya dalam labour room usah kata lah best ke pengalamannya. Jawapan dia memang best lah hahaha. 1st time kot. Tu yang nak pitam tu bukan sebab takut darah, tapi sebab takde tenaga. Buka puasa haritu cuma kurma dan air kosong. Lepas saya bagi kata-kata semangat dan motivasi kepada Labuda, alhamdulillah tepat jam 9.36pm 22.5.2019 bersamaan 17 Ramadan 1440H lahir lah baby kami secara normal. Syukurrrrrr! Takbir!!!

WAD BERSALIN TINGKAT 8

Lepas Labuda selamat bersalin, settle baby apa semua Labuda kena warded di Tingkat 8. Alhamdulillah rezeki Labuda lagi sekali dapat wad Kelas 3 yang 1 bilik ada 2 katil. Macam VIP gitu. Hehehe. Bawah ni gambar dalam wad tu. Memang SELESA! Makanan dia pun okay juga cuma ada makanan yang dihantar tak boleh makan sebab dah start berpantang. Labuda warded selepas bersalin tu semalaman je esok dah boleh discaj.



Jadi boleh nampak kan selesa tak selesa dalam gambar tu. Alhamdulillah.

KOS KESELURUHAN LABUDA

Tepat jam 8.50pm 23.5.2019, Labuda boleh discaj. Mesti nak tahu kan berapa kos dia? Memang sangat berbaloi. Memang betul rezeki Labuda.



KOS SEBENAR: RM3,753.00

KOS DIBAYAR: RM40.00

Boleh nampak perbezaan kos sebenar dan kos yang perlu dibayar. Memang berbaloi baloi!!!! Hehehe.

Kepada sesiapa yang ada perancangan nak bersalin di HSA ni, digalakkan untuk jadikan post ni sebagai panduan. Semoga bermanfaat. Doakan keluarga kecil saya ye. Next entry saya akan share pasal Cara Basuh dan Tanam Uri. Stay tuned!

Assalamualaikum dan selamat malam.

33 comments:

leen said...

Encik, maaf nak tanya. hospital shah alam ada deposit tk?

Azwan Zamhari said...

Assalamualaikum Leen. Untuk HSA tiada apa-apa deposit.

Miraaa said...

Salam . Nak tanya , lepas bersalin tu nurse minta apa jea barang untuk baby ? Baju dan pampers sahaja ke ?

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam. Pampers baby, baju dan wet tissue.

Unknown said...

Salam. Boleh request ke nak bilik class berapa?

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam. Tak boleh sebab HSA bergantung kepada kekosongan katil. Nasihat saya doa banyak-banyak supaya dapat kelas yang baik. Amin Allahumma Amin.

fm28 said...

salam tuan. nk tnya. ward ada aircond tak??

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam. Ada tuan. Selesa sangat.

hidawatie said...

Assalamualaikum nk tnye.. Klau bersalin kt c2 ibu boleh teman ke Smpai abis selesai semua

hidawatie said...

Assalamualaikum, nak tanya.. ibu saya boleh teman tak semasa sy lepas bersalin dan semasa dalam wad ? Suami ?

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam. Boleh. Datang waktu melawat.

NH said...

Salam. Nak tanya. Boleh ke check up pregnancy dekat klinik swasta, tapi bersalin kat hospital shah alam. Ada yg kata boleh, ada yg kata tak boleh.

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam. Boleh tapi kena buka buku pink untuk rekod segala treatment atau ujian untuk reference hospital kerajaan. Bercadang nak bersalin di hospital mana?

Unknown said...

Assalamualaikum.... Nk tnya kalau nk tukar tmpat bersalin dr negeri lain ke HSA nk kena refer klinik kerajaan dulu ke?

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam. Betul puan.

Alice Alissa said...

Salam,kalau nak bersalin di hospital shah alam.perlu booking dulu ke?

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam. Tak perlu puan. Terus pergi ke hospital kalau ada tanda nak bersalin. Puan checkup KK mana ye?

thekingmmsa said...

Salam tuan
Apa beza kelas dua dan kelas 3 ?
Isteri saya tahun 2018 bersalin di HSA tp dapat dudk dalam satu tempat yg ramai lagi bersama dia bkn dlm bilik so mcm mana nak dpt duduk di bilik atau pilih kelas ?

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam tuan.

Betul ada juga yang katil di luar bilik which is ramai. Mungkin isteri tuan bersalin pada tahun 2018 tu BILIK yang menempatkan ibu lepas bersalin penuh.

Berbeza dengan saya katil luar bilik PENUH dan hanya dalam bilik yang ada 2 katil je kosong dan alhamdulillah rezeki isteri saya dapat bilik tu.

Sebenarnya tak boleh request dapat bilik dan kelas. Dia bergantung kepada 'availability' katil tu. Saya sepanjang isteri saya mengandung hingga nak bersalin selalu berdoa agar dapat bersalin dengan selesa di HSA apatah lagi dapat bilik. Sebab ada juga dengar ibu mengandung takde katil lepas bersalin dan kena tunggu.

Apa pun saya harap penjelasan saya ni dapat menyelesaikan kemelut yang berada dala kotak fikiran tuan ye.

Siti said...

Salam. Boleh saya tau. Harga yang encik bayar kalau pekerja swasta akan bayar amount tu juga ke? Atau macam mana?

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam Pn Siti. Pekerja swasta pun boleh bersalin di HSA ni dan kos SAMA. Harap membantu.

Unknown said...

Salam tuan saya nak tanya .kalau kita nak bersalin di hos shah alam nie drnya x boleh pilih yer?
Mcm nak dr perempuan ker?

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam. Tak boleh tuan. Tapi doa banyak-banyak dapat dr perempuan.

Faziera said...

Nak tanya. nak kena book ke untuk bersalin kat HSA? kalau ya macam mana caranya?

atau walk in je bila ada tanda2 nak bersalin?

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam. Walk in boleh. Booking tak boleh. In shaa Allah dipermudahkan.

Mohd Fahmi said...

Assalamualaikum tuan, nak bertanya, saya memang bercadang untuk bawak wife bersalin di HSA, sekarang check up di klinik swasta dan ada buku pink, soalan saya, sy perlu daftar dan book beberapa hari/minggu/bulan ke? Atau just walk in? takut walk in nanti banyak process dan tak dilayan pulak, hehe... Harap tuan dapat bagi pendapat.

Kalau macam tuan dulu, tuan booking dulu atau walk in?

Terima kasih

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam tuan. Tuan tak perlu book. Tuan hanya perlu walk in sahaja.

Macam saya walk in sebab wife dah tanda nak bersalin. Sampai sana terus kena tahan dan tunggu masa bersalin.

Tuan boleh contact saya kalau nak sembang panjang ye.

013 26 0282
Azwan

Mohd Fahmi said...

Assalam tuan, nombor tak cukup panjang. :) mcm terkurang satu

Azwan Zamhari said...

Tuan fahmi,

013 265 0282 :)

Ummu Soleh said...

Assalamualaikum. Terima kasih beri info & jawab soalan kami ni. Sgt membantu. Moga dirahmati Allah.

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam wbt. Sama sama puan. In shaa Allah moga-moga doa itu berbalik kepada puan sekluarga. Amin ya rabbal alamin.

Unknown said...

Assalam Insyallah isteri saya akan melahirkan anak pada 23 okt 2020.harap doakan keselamatan dia dan kandungan dia. Aminnnn YRBA. Ps harap dapat bilik mcm tuan juga dia HSA hehehehe

Azwan Zamhari said...

Waalaikummussalam wbt. Amin ya rabbal alamin. Saya doakan yang baik-baik buat tuan sekeluarga in shaa Allah.

Allah sayang.