Thursday 24 November 2016

Ujian Allah sesuai dengan kemampuan manusia

Assalamualaikum. Wah lama tak update blog ni Azwan rasa. Alhamdulillah Allah beri kesempatan lagi untuk Azwan karang blog ni. Hampir 6 bulan jugalah tak dan tengok blog ni. Al maklum lah busy haha.

Syukur, syukur.

Pejam celik dah Bulan 11. Sebulan lagi nak sampai ke tahun baru. Alhamdulillah sekali lagi Allah pinjamkan nyawa kepada Azwan sampai hari ini untuk terus menjalani hidup sebagai 'hamba' dimuka bumi ini. What a good feeling!

Sempat tak sempat, Azwan nak sampaikan ilmu walaupun sikit. Nabi kata 'sampaikan lah ilmu walau satu ayat'. 

Manusia. Ciptaan Allah yang sangat sempurna! Kenapa sempurna? Cuba bayangkan kalau Allah cipta manusia tu takde telinga. Macam mana nak dengar? Cuba bayangkan kalau Allah cipta manusia tu takde kaki. macam mana nak berjalan? Setiap apa yang Allah cipta tu pasti ada kebaikan. The best Creator.

Di samping kesempurnaan manusia, Allah hadirkan satu lagi keistimewaan dalam diri manusia. Apa dia? Kemampuan. Kemampuan manusia yang ada seluruh pelusuk bumi ni adalah berbeza. Macam Azwan berbeza kemampuannya. Korang kat luar sana pun berbeza kemampuannya. Dengan cara apa yang menunjukkan Allah sayang kepada hamba-Nya? Dengan cara 'uji' semua hamba-Nya.

Lain manusia lain ujiannya. Sebagai contoh, dalam skop belajar lah ya. Kalau kata Allah nak uji pelajar universiti dengan gagalkan subjek atau tambah semester, boleh je. Sebab apa Allah buat macam tu? Sebab Allah jelah tahu yang pelajar tu 'mampu' harungi dan hadapi dengan tenang. Dengan syarat pelajar tu kenalah husnuzon dengan Allah. Bersangka baik. Cakap dalam diri 'Allah sayang aku ni sebab tu Dia uji. Aku mampu hadapi ujian ni. Mungkin besar hikmah nanti. Siapa tahu'. 

Manalah tahu rezeki pelajar tu ada masa bekerja kelak? Dengan kesusahan yang dilalui tu Allah balas dengan keberkatan dan rahmat kan, takde siapa tahu.

Jangan bezakan kemampuan kita dan kemampuan orang lain. Allah dah atur dan tetapkan siap-siap dah rezeki, ajal maut, dan jodoh. Just follow the flow alright.

Akhir sekali, jangan cepat melatah bila dapat ujian. Sebaliknya bersyukur. Sebab Allah sayang. Allah rindu sangat kat kita. Ingat, akan ada "hikmah' yang lebih besar untuk orang yang ditimpa ujian dan dugaan.

Jadilah pemuda-pemudi yang beriman.

Azwan Zamhari



Tuesday 31 May 2016

Mahasiswa Di Dalam Bulan Ramadhan


MAHASISWA DI DALAM BULAN RAMADHAN

Berbaki 2 minggu untuk habiskan kuliah sebelum final exam, pastinya waktu yang sangat sukar tambah-tambah lagi dalam bukan Ramadhan ni. Yelah mana tak nya, pergi kelas siapkan assignment semua tu, letih lah.

Haa, kita reverse psokologi eh. Waktu tu lah best sebenarnya. Dalam sedar tak sedar masa pantas berlalu. Tup-tup dah nak berbuka. Hehe. Dalam masa yang sama, kita sama-sama niat agar puasa kita tu diterima Allah. Amin In shaa Allah.

Alhamdulillah, Allah izinkan ambil final exam dalam bulan yang penuh dengan barakah..so kena lah ambik peluang untuk merebut ganjaran yang Allah tawar ni...hehe..in shaa Allah tolong doakan ye..


TIPS UNTUK MAHASISWA ISTIQOMAH DALAM BULAN RAMADHAN

1. Solat Jemaah

Bak kata Akhi Saufi, bulan Ramadhan ni lah bulan yang paling baik untuk kita perbaiki solat jemaah..terutamanya solat Subuh, lepas waktu Imsak tu boleh stanby buat solat sunat sebelum Subuh, ganjaran dia lebih baik dari dunia dan segala isinya..so nanti boleh terus solat Subuh secara berjemaah..semoga sama-sama kita istiqomah, bukan dalam bulan Ramadhan je, konsisten sampai akhir nyawa kita, In shaa Allah. Dalam pada tu, jangan tinggal solat sunat tahajud dan dhuha ye.  (Azwan repost semula content ni)

2. Sedekah

Selain itu, perbanyakkan amalan sedekah juga dituntut dalam bulan ni. Okay cara dia macam ni:

1. Setiap kali ke masjid ringankan tangan sedekah dalam tabung masjid. Tak kisah berapa. RM1, RM5, RM10 dan sebagainya.

2. Sebelum pergi kelas tu pergi kat cermin tengok muka tu lama-lama. Cakap dalam hati, Ya Allah cantik/handsome nya ciptaan Allah, sambil urut kedua belah pipi. Tujuannya adalah untuk SENYUM. Senyum kan satu sedekah juga. Senyum je kat sesiapa, kawan ke lecturer ke dan sebagainya. Orang kutuk pun senyum juga eh.

3. Sebagai student, mungkin ada antara kita yang tak mampu untuk memberi orang yang berpuasa makan. Jangan kawatir, kalau tak dapat macam tu, beli je Kurma dan bungkuskan dalam plastik 2-3 biji dan sedekah kan kepada mereka yang berpuasa. (Idea saudara Naqiuddin)

4. Sedekah kan Al-Fatihah kepada keluarga kita yang telah  pergi meninggalkan kita dan semua umat Islam.

5. Kita sebagai student, mesti banyak pakaian yang masih elok tapi tak pakai dah. Haaa, apa kata sedekahkan kepada fakir miskin, homeless, anak yatim dan mereka yang memerlukan? Selagi mana mereka mengenakan pakaian tersebut ke atas diri mereka, selagi itulah kita dapat pahala.

3. Al-Quran

Bulan ni masa yang sesuai untuk kita semua khatam Al-Quran. Cara dia senang je In shaa Allah. Baca 4 muka surat setiap kali solat fardhu. Selama 30 hari secara konsisten. Yelah kita student agak-agak sempat ke lepas solat tu nak spend time 10-15 minit nak baca Al-Quran? Kot ada kelas ke kan? Alaaa takpe sempat je In shaa Allah. Sebab tu penting solat di awal waktu. Let say tak sempat kan, kelas pukul 2 dan fakulti jauh. Kita boleh Qada bacaan nya tu. Contoh, kita miss 4 muka surat lepas zuhur. Kita boleh cover balik lepas asar ke, lepas tarawih ke. Ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting 20 muka surat SEHARI.

*Azwan tulis semua ni bukan semata-mata untuk mengingatkan korang, tapi jauh disudut hati Azwan, nak ingatkan diri Azwan sendiri. Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca. Kita sama-sama improve diri eh.

Wallahualam.

Jadilah Pemuda dan Pemudi Yang Beriman,

Azwan Zamhari


Tuesday 10 May 2016

Adik-beradik, Musuh atau Kawan?

Assalamualikum dan selamat pagi. Alhamdulillah syukur Allah berikan lagi peluang untuk tambah amal dalam mengejar Syurga Allah. Dalam sedar tak sedar dah pun masuk separuh daripada 365 hari untuk tahun 2016 ni. Puasa pun dah tak lama je lagi. Sape yang belum ganti puasa tu faham-faham jelah ye. Hehe. Semoga Allah permudahkan.

Harini Azwan nak cerita berkenaan dengan "Adik-beradik, Musuh atau Kawan?

Umpama pepatah Melayu, "Air yang dicincang tidak akan putus". Pepatah ni amat sesuai dengan adik-beradik kita sendiri. Setuju? Yelah, nak buat macam mana lagi kan. Hari-hari mengadap muka yang sama je, gaduh, bertikam lidah tu semua standard lah kan. Kalau takde macam tu tak sweet lah gamaknya hehee. Barulah ada 'kasih dan sayang tu'.

Sesetengah daripada kita ada yang hubungan dengan adik-beradik tu renggang. Sangat renggang, sampai ada sekali tu timbul perasaan benci. Sampai tengok muka mereka pun tak boleh. Mungkin ada something yang mereka buat sampai timbul perasaan yang tak elok tu. Tapi, jangan khuatir. Perasaan tu semua akan hilang bila kita kian membesar.

Bila dah umur 20an ni, percayalah. Hubungan dengan adik-beradik tu akan jadi akrab. Yelah, mana tak nya. Masa kecil tu tak boleh sangat berfikir tu yang buat keputusan yang tak elok. Bahkan, ada sampai membenci lagi tu. Tapi takpe, lama-lama pudar perasaan tu dan perasaan sayang tu mula mekar bak bunga Rafflesia. Macam kita dengan kawan kitalah. Bergurau senda, share masalah kan, so why not kita buat perkara yang sama kepada adik-beradik kita? Tapi level kawan tu hendaklah sesuai dengan keadaan. Jangan sampai kita hilang 'respect' terhadap kesemua adik-beradik kita.

Pentingnya ADIK-BERADIK ni ialah, bila umur kian meningkat, korang boleh bagi jaminan tak yang kawan baik atau BFF tu ada dengan korang sampai akhir hayat? Kalau ada tu Alhamdulillah lah. Tu bezanya dengan adik-beradik. Mereka inilah yang akan membesar bersama kita secara dekat. Apatah lagi kalau kita sakit. Mereka jugalah yang akan sentiasa ada untuk kita. Selain ibu bapa. Jangan diantara kita mesra dengan kawan dan tak mesra dengan adik-beradik ye. Kalau ada tu in shaa Allah jom sama-sama tukar.

Akhir kata, berKAWAN BAIK lah dengan adik-beradik kerana mereka sangat berharga. Biar hilang KAWAN jangan hilang FAMILY. :)

Kepada:
1. Nurul Nur Hidayah Binti Zamhari
2. Muhammad Fareez Bin Zamhari
3. Muhammad Aliff Bin Zamhari
4. Muhammad Khairul Aiman Bin Zamhari
5. Zulhaffiz Zariq Bin Zamhari

Terima kasih untuk segalanya. Azwan sayangkan kalian.


Jadilah Pemuda dan Pemudi beriman.

Azwan Zamhari







Friday 18 March 2016

3 Perkara Yang Perlu Kita Buat Setiap Hari

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Selawat dan salam ketas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah syukur Allah beri lagi peluang dan ruang untuk kita bernafas. Erti kata kain, masih hidup lagi,

Share atau kongsi perkara baik tidak menjanjikan kita ni baik. Itu semua datang dari Allah yang titipkan ke dalam hati kita untuk berkongsi perkara yang baik-baik. Nabi ada sebut, orang yang merasakan dirinya baik adalah orang yang sebenarnya tidak baik. Penting muhasabah dan istiqomah tu.

Entry sebelum ni Azwan ada janji mengenai perkongsian kisah-kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Tapi maaflah ye, bukan untuk entry kali ini, InshaAllah next entry ada lah tu hehe.

Okay, apa sebenarnya 3 Perkara tu?

1. Minta ampun dari Allah.

Kita semua kan pendosa? Setiap hari mesti ada dosa yang kita lakukan. Sebab itu penting minta ampun dari Allah. Solat kena jaga. Istigfar penting juga. Bila dalam hati terdetik nak "Ya Allah ampunkanlah aku" itu pun dah dikira Istigfar. InshaAllah, Allah Maha Pengampun.

2. Minta maaf dari Ibu dan Ayah

Kita sebagai anak mesti nak jadi anak yang yang soleh dan solehah kan? Berkat ibu ayah ni Ya Allah, penting sangat untuk kehidupan anak-anak. Ringankan lah mulut untuk minta maaf kepada mereka. Kita pun one day akan jadi Ibu dan Ayah kepada bakal anak-anak kita. So bila baik perilaku kita terhadap orang tua kita, baik lah juga perilaku bakal anak-anak kita nanti. InshaAllah. Dalam Al-Quran kan ada sebut, redha Allah terletak pada redhanya ibu dan ayah. :)

3. Jelaskan hutang

Hutang. Siapa kata perkara ringan? Uishhh, berat yang amat bila sebut hutang ni. Ada sesetengah dari kita yang ambik ringan pasal hutang, Azwan minta jangan lah ambil ringan. Contoh, dengan sahabat baik kalau kita berhutang, pun kena bayar semula. Walaupun dia tak minta. Jelaskan lah ye jangan lah buat-buat lupa sudah, Bukan dalam situasi sahabat je, banyak lagi situasi lain saje Azwan taknak fokuskan. Sebelum Azwan lupa, Azwan nak minta kalau Azwan ada hutang dengan korang, tolong bagitahu ye.


Semua point tu adalah perkongsian dari Ust Don. Azwan nak share kepada semua mana tahu ada pahalanya kat situ hehe.

Doakan Azwan tengah final year ye. InshaAllah Jan 2017 habis.

Akhir kata,

Jadilah Pemuda dan Pemudi yang beriman.

Azwan ZAmhari