Sunday 1 November 2015

Hidup dan Kehidupan

Assalamualaikum. Alhamdulillah harini baru ada masa nak update blog ni. Pejam celik dah masuk bulan 11. 1 bulan je lagi sebelum 2015 melabuhkan tirainya. Umur makin meningkat ni, Semoga Allah terima segala amal kebaikan kita dan jauhkan kita dari azab api neraka. 

Harini nak share pasal perbezaan antara Hidup dan Kehidupan. Life and Living. Perkataan seakan sama bunyinya tapi maksudnya jauh sekali berbeza. Bak kata saudara Ashraf Muslim.

Hidup, apa yang kita perlu sebagai manusia untuk hidup? Sudah semestinya keperluan asas. Tempat tinggal, makanan, pakaian dan kenderaan. Tu semua keperluan untuk manusia hidup. Agak-agak kalau takde semua tu boleh hidup tak? Wallahualam.

Tapi apa beza dengan kehidupan? 

Kehidupan pula adalah, apa yang kita kejar sebenarnya dalam hidup ni? Apa yang perlu kita lakukan dalam hidup ni? Kalau bukan untuk dapatkan syurga Allah SWT nanti. Betul tak? Haaaa..

Caranya mudah je, kenalah sentiasa cari jalan untuk beri manfaat kepada manusia lain. Dalam Al-Quran ada sebut "Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain". Ambik contoh mudah lah ye, tolong susun selipar kat surau atau masjid pun dah kira bermanfaat kepada manusia lain, apatah lagi mengalihkan paku di tengah jalan. Tolong orang buta lintas jalan, bagi salam, tolong lecturer angkat beg, tumpangkan kawan naik kereta.. Banyak lagi sebenarnya perkara baik yang boleh kita sama-sama lakukan. Yang penting niat tu kena betul lah. Kalau tak betul, takut kalau ada rasa yang tak baik dalam hati tu. Tapi inshaaAllah selagi niat kita baik selagi tu kita dalam perlindungan Allah.

Janganlah fikir untuk hidup je, tapi kena fikir macam mana kita semua nak jadi Muslim sejati. Suka ambik contoh seorang pemuda yang mana menghabiskan masa mudanya untuk Allah SWT iaitu Pembuka Kota Konstantinopel, Sultan Muhammad Al-Fatih. Memang saya salute Sultan ni. Nak juga share pasal ciri-ciri yang ada dalam diri Sultan Muhammad Al-Fatih ni untuk semua, tapi tunggu entry yang seterusnya lah ye. InshaaAllah. 

Akhir kata, 
Jom sama-sama jadi orang yang dekat dengan Pencipta. 
Jom jadi pemuda-pemudi beriman. 

Azwan Zamhari



Friday 28 August 2015

Bawah Telapak Kaki Ibu, ada Syurga

Assalamualaikum, salam jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah syukur diberi kesempatan untuk bernafas lagi pada hari ini. Sebelum memulakan sharing,abang nak muqadimah pantun ni. Memandangkan hari ini hari Jumaat,pantunnya pun berkenaan hari Jumaat,semoga bermanfaat buat semua dan abang sendiri.

Pergi ke kedai membeli dakwat,
Terserempak pula dengan Sufi,
Hari ini hari Jumaat,
Jangan lupa surah Kahfi

Kepada yang pandai berpantun tu meh beli pantun abang.

Okay dah,abang minta semua fokuskan apa yang abang bakal kongsikan ni.


"Uwekkkk, uwekkkk, uwekkkk". Itulah suara atau tangisan pertama seorang bayi yang baru sahaja berpindah ke alam dunia dari alam rahim. Bukan rahim Sepahtu, tapi rahim seorang wanita hebat yang bernama Ibu.

Bukti awal kasih dan sayangnya seorang Ibu kepada kita adalah Ibu sanggup bawa kita kemana-mana sahaja,makan makanan yang sihat lagi khasiat dan selalu bercakap dengan kita "adik sihat ke kat dalam ni? tunggu eh sekejap,nanti adik boleh keluar boleh dah jumpa ibu" sambil usap perutnya yang kian membesar. Senyum sambil menitis air mata Ibu tersebut yang sedang menanti kelahiran bayinya. Abang pasti kalau semua orang diberi tunjuk seorang bayi walaupun dia bukan darah daging kita,pasti semua akan tersenyum gembira melihat celoteh bayi itu. Sebab bayi itu kan Penghuni Syurga Allah,mereka tiada dosa.

Tatkala bayi itu membesar menuju ke peringkat kanak-kanak, Mereka dah mula cakap sikit-sikit dengan sebutan yang acah manja tapi Ibu boleh faham. (Salah satu kelebihan Ibu) Dunia mereka adalah dengan bermain, nak main je kerjanya,tak kisah dengan adik beradik ke sepupu ke. "eh nia, jom itee main macak-macak? Comel je nada mereka. Teringat masa abang kecik dulu naik kereta kecik tolak pakai kaki smbil pakai helmet turun bukit. haha tergelak teringat zaman tu.

Seorang Ibu sanggup memenuhi pemintaan kita dek kerana kasihnya ya Allah Ibu kepada kita. Sanggup basuhkan baju,gosok baju sekolah,bagi duit belanja,belikan 'tab',mainan dan sebagainya. Ingat tak masa kita semua kecik dulu, Ibu sering berpesan "adik jangan lupa solat,hormat orang tua ye. dah besar nanti jadi orang yang berguna" Alhamdulillah hari demi hari kian berlalu dengan pantas.

Bila dah meningkat remaja, Ibu tak berhenti mecurahkan kasihnya kepada kita dengan menjadikan kita sebagai kawan. Faham masalah kita,tahu apa yang kita rasa, Pendek kata kasih Ibu ni meningkat hari demi hari. Masa di universiti,"along/angah/adik, duit belanja ada lagi ke? makan apa? Ibu rindu lah" itulah ayat yang sering diterima oleh kita dari Ibu. Sebut je nak duit, akan Ibu cari sampai dapat,walaupun masa tu takde duit,atau orang Kelantan kata takdo pitih. Tak ke hebat wanita bernama Ibu ni? Sampai Nabi kita Muhammad SAW pun ada sentuh pasal Ibu berulang kali.

Tergamakkah kita guriskan hati Ibu? yang sanggup berkorban jiwa raga demi melahirkan,menjaga,mendidik,membimbing kita dengan penuh rasa kasih sayang.

Tergamakkah kita menghantar mereka ke rumah orang tua-tua?
Tergamakkah kita berkata 'Ah" kepada Ibu?

Ya kadang-kadang memang kita ada rasa marah kerana bebelan Ibu,tapi percayalah itu hiburan bagi wanita bak kata Datuk Ustaz Kazim Elias. Janganlah ambik hati.

Jika kita benar-benar menghayati pengorbanan Ibu, takkan pernah terbit 0.0000000001% pun perasaan ingin mengguriskan hati Ibu kita. Syurga kan ada bawah telapak kaki Ibu. Hebatnya Ibu. Tak lupa juga kepada kasihnya Ayah terhadap kita. Cuma abang nak highlight kan Ibu. Jangan cakap abang tak pentingkan ayah ye. Ayah penting,tanpa ayah juga kita takkan berada didunia ni.

Robaayah Binti Yusoff Nor dan Zamhari Bin Isral,

Kami anak-anak sayangkan kalian. Semoga kalian sentiasa dibawah payung rahmat Allah SWT.

Jom sama-sama berbakti kepada ibu-bapa kita. Semoga hidup kita diberkati Allah SWT, InshaaAllah.

Muqadimah ada pantun kan?, laa ni yang akhir pun ada pantun.

Ikan semilang ayam kari,
Dimasak pula dengan hati-hati,
Kasihnya Ibu tidak terperi,
Kasihnya ayah tidak akan berhenti.

Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca.
Akhir kata,

Jadilah pemuda dan pemudi yang beriman.

Azwan Zamhari











Wednesday 29 July 2015

Esok masih ada, tapi adakah esok untuk kita?

Alhamdulillah, syukur Allah pinjamkan nyawa setelah Allah mematikan kita semua buat 'seketika'. Haa itu tandanya, antara kekuasaan Allah. Yang mana Allah boleh menghidupkan apatah lagi mematikan manusia.

Harini sedikit free,untuk sharing berkenaan topic yang membolehkan kita sama-sama muhasabah diri sendiri. Ya, hari esok masih ada tapi tidak semestinya hari esok tu untuk kita kan? Okay macam ni, pendek kata kita kenalah ingat kematian. Sebab apa?

Sebab, mati tu tak lambat sesaat dan tak cepat sesaat, masanya pun kita taktahu dan takkan pernah tahu. Rencana Allah semua tu. So, kita kenalah buat persiapan diri, seimbangkan duniawi dan ukhrawi. Teringat kata-kata dalam Program Pencetus Ummah, yang mana "tak semestinya orang yang berhibur tu lupa agama". Kena pandai seimbangkan ye inshaaAllah boleh. Dalam kita ingat mati, secara automatisnya (bahasa Melayu sangat) kita akan bersedia dalam membuat persiapan ukhrawi. Sebab kita memang tahu mati tu bila-bila masa. Dah takde masa untuk main-main. Kena tambahkan buku catatan amal baik kita yang ditulis atau direkodkan oleh Malaikat Raqib. Bukan tambahkan buku catatan amal buruk kita yee.

Allah ada menyebut mafhumnya "Aku dekat dengan hamba-Ku bila mana dia sedang sujud". Dalam sujud tu minta apa pun dari Allah, minta Allah berkati hidup, ampunkan dosa, terima taubat kita, minta Allah matikan kita dalam keadaan husnul khatimah (mati dalam keadaan baik) dan yang paling penting SYURGA Allah. Kita manusia biasa, memang takkan pernah stop dari melakukan kesalahan. Allah Maha Mendengar. Sekarang ni kena hari-hari buat solat sunat taubat, Yelah  mana tahu kan kot "Esok" Allah tarik nyawa kita. Kita taktahu. Allah, bersediakan kita? Semoga kita semua diberi kekuatan untuk istiqomah dalam mentaati-Nya dan kekuatan untuk membahagiakan orang sekeliling kita termasuk orang yang terdekat dengan kita adalah tak lain tak bukan Ibubapa tercinta, adik-beradik dan keluarga.. InshaaAllah.

Cakap untuk diri sendiri juga. Segala ilmu yang sikit ini hanyalah pinjaman Allah yang Satu.

Wallahualam,

Akhir kata,
Jadilah Pemuda dan Pemudi Yang Beriman,

Azwan Zamhari

Saturday 27 June 2015

Sekecil-kecil Kebaikan

Assalamualaikum, bismillahirrrahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT, yang Maha Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa.

Kali ni nak share tentang topic 'kecil' tapi memberi 1001 makna. Bukan 1001 rempah ye. Kecil bukan bermaksud tak penting tapi kadang-kadang kita manusia tak perasan sebenarnya yang 'kecil' itulah penting dan Allah sangat suka, iaitu..


'Sekecil-kecil Kebaikan atau 'Kebaikan yang kecil tetapi Berterusan'


Dalam buku Genesis Metamorfosis, ada menyentuh tentang topic ni, tertarik pula rasanya. Saje nak share kepada semua kot ada yang tak sempat nak beli atau dah beli tapi tak sempat nak baca..

Allah suka sebenarnya kepada mereka yang berbuat kebaikan walau sekecil zarah sekalipun tapi secara berterusan. Besar pahalanya tu.

Macam ni, selagi nyawa dikandung badan, selagi tulang empat kerat masih larat, buatlah apa jua kebaikan walaupun ia hanyalah sekecil-kecil kebaikan. Kerana apa?

Kerana sekecil-kecil kebaikan itulah yang akan menerbitkan rasa cinta, yang mampu mengubah hati yang keras menjadi lembut, yang mampu mengubah dendam menjadi pemaaf, yang mampu membuat benci menjadi sayang, yang mampu mengubah musuh menjadi kawan, yang mampu mengubah pergaduhan menjadi persahabatan, dan yang mengubah kekecohan menjadi keamanan. even dengan hanya sekadar memberi senyuman pun mampu membuatkan orang lain berasa tenang dan selesa bila berjumpa dengan kita. Kan senyuman itu satu daripada Sedekah?

Nabi kita Muhammad S.A.W pernah ditanya oleh para sahabat tentang amalan apakah yang paling baik sekali? dan Baginda menjawab "Amalan yang sedikit tetapi berterusan".

Besar sebenarnya kuasa sekecil-kecil kebaikan ni, dan saya pasti semua orang mampu buat. InshaaAllah.

Tambah-tambah lagi kita sekarang berada di dalam Bulan Ramadhan. Kalau ikutkan banyak sangat dah ganjaran yang Allah tawar. Dan banyak juga kebaikan yang boleh kita lakukan. Dalam masa yang sama, teringat pula pesanan ustaz dalam kuliah pendek (tak ingat nama ustaz) yang mana beliau berpesan, jangan dikenang selalu kebaikan yang pernah dilakukan kelak takut akan timbul perasaan ujub dalam hati dan banyakkan ingat dosa yang pernah dilakukan agar timbul rasa insaf yang menebal dalam diri dan dalam masa yang sama air mata keinsafan pasti mengalir dengan sendirinya. Itu tandanya Hidayah Allah. Wallahualam.

So, belilah buku ni saje nak recommend sebab banyak perkara yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita InshaaAllah.

"Aku lebih rela perit mencari titik perubahan, jika itu temukan aku dengan Tuhan"

Genesis Metamorfosis

Akhir kata,
Jadilah Pemuda dan Pemudi Yang Beriman,

Azwan Zamhari


Monday 15 June 2015

Ramadhan Datang Lagi

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT, yang Maha Kuasa, mahkluk langsung tiada kuasa..

Ramadhan Al-Mubarak

Bulan penuh Barakah lagi Mulia..
Sebelum tu, nak share sedikit lirik lagu Raihan sat..


Raihan-Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah,
Setahun pun sudah berlalu, masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa pun, berada di bulan Ramadhan, semula..



Sebut pasal Ramadhan, pejam celik pejam celik tinggal tiga hari je lagi Ramadhan akan bertandang kan, tu kalau pejam dan celik, kalau pejam tak celik-celik macam mana? sudah bersedia ke kita? InshaaAllah pasti bersedia..

Alhamdulillah, Allah izinkan ambil final exam dalam bulan yang penuh dengan barakah..so kena lah ambik peluang untuk merebut ganjaran yang Allah tawar ni...hehe..inshaaAllah doakan ye..

Baiknya Allah...Allah buka semua pintu kebaikan, untuk hamba kembali kepada-Nya..boleh overhall diri kita semua kan..

Bak kata Akhi Saufi, bulan Ramadhan ni lah bulan yang paling baik untuk kita perbaiki solat jemaah..terutamanya solat Subuh, lepas waktu Imsak tu boleh stanby buat solat sunat sebelum Subuh, ganjaran dia lebih baik dari dunia dan segala isinya..so nanti boleh terus solat Subuh secara berjemaah..semoga sama-sama kita istiqomah, bukan dalam bulan Ramadhan je, konsisten sampai akhir nyawa kita, InshaaAllah..

Dalam pada tu, jangan tinggal solat sunat tahajud dan dhuha..

Wallahualam..

Jadilah Pemuda dan Pemudi Yang Beriman,


Azwan Zamhari