Monday 15 July 2019

Cara Basuh Uri Dengan Betul dan Bersih

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Semoga yang baik-baik buat semua. Saya baru je siap makan apa semua then feel free nak blogging. Nak share ilmu sikit kepada semua. Sementara menaip ni Labuda jaga Maryam. Hehe.

Okay. Post kali ini adalah kesinambungan daripada post sebelum ini berkenaan dengan post 'Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam'. Pada yang dah baca saya ucapkan terima kasih banyak-banyak dan diharapkan agar dapat manfaat daripadanya.

Saya bukan lah ustaz atau orang yang mahir bab agama, tapi cuma ingin berkongsi pengalaman saya basuh uri buat pertama kali dalam hidup saya. Sepanjang tempoh mengandung Labuda, selain menjaga emosinya saya juga ringan tangan menimba ilmu daripada ustaz, mak, orang-orang yang berpengalaman dan pakcik GOOGLE dalam mengendalikan URI selepas kelahiran bayi.



Cantik kan nurse Hospital Shah Alam balut URI Maryam? Gambar ni saya ambik masa nak start basuh URI. Actually dia dibalut bersama dengan plastik. Pertama kali saya pegang URI adalah selepas beberapa minit saya keluar dari LABOUR ROOM iaitu sekitar pukul 10.30pm. Labuda deliver pukul 9.36pm . Gembira campur sebak perasaan. Alhamdulillah.

Pada malam tu Labuda warded dan saya perlu balik. Saya pun bawalah URI Maryam balik dan cepat-cepat masukkan dalam peti ais.

URI MARYAM PERLU DIBASUH DAN DIBERSIHKAN DENGAN SEGERA

Saya basuh URI Maryam keesokan paginya. Bahan yang saya sedikan adalah CUKA, ASAM JAWA dan GARAM. Bahan lain seperti limau boleh juga nak guna terpulang as long as URI yang dibasuh itu bersih dan tidak berbau.
Saya ambil masa 1 jam 10 minit untuk basuh URI Maryam. Punya lah teliti. HAHAHA. Kaedah dia senang je. Untuk garam cuma taburkan keatas dan kebawah permukaan URI dan gosok ikut lawan jam. Manakala asam jawa, campur kan sedikit air dan masukkan air asam jawa tadi di celah belahan URI serta picitkan URI tadi tu secara perlahan agar darah dapat keluar. Penggunaan cuka sama seperti garam tadi. Ulang kaedah ini beberapa kali. Yang penting, darah berkurang dan tidak berbau. Sambil basuh tu jangan dengar lagu pula. Baca fatihah, 3 qul dan selawat banyak-banyak.

Ini URI Maryam yang selesai dibasuh dan dibalut dengan kain.


Selepas balut URI Maryam, aktiviti menggali tanah bermula. Saya gali dalam sikit supaya anjing tak dapat bau dan tanam secepat yang mungkin. Phewwwwwww.







Setakat ni faham tak? Kalau faham Alhamdulillah. Kalau belum faham saya 'summarize' kan ye.

Berikut adalah langkah yang saya ambil bagi mengendalikan URI Maryam dari saat pertama saya dapat sehingga lah saat menanam URI Maryam.

1. Masukkan URI dalam peti ais (Freezer) dan asingkan URI dengan makanan mentah yang lain. (Kes saya Labuda bersalin malam, tu yang masuk freezer dulu esok nya tanam)

2. Sediakan cuka, asam jawa dan garam.

3. Basuh URI dengan bahan diatas berulang kali sehingga hilang darah, bau dan mestilah bersih.

4. Cari tempat yang sesuai untuk tanam URI bagi mengelakkan binatang liar seperti anjing dapat mengesan bau URI.

5. Gali sedalam yang mungkin.

6. Letakkan URI yang siap dibasuh dan dibalut dengan kain kedalam lubang yang digali tadi.

7. Timbus lubang dengan tanah.

8. Letakkan batu keatas tanah yang ditimbus.

Sekian sahaja perkongsian ilmu tentang macam mana saya kendalikan URI atas nasihat orang yang berpengalaman. In shaa Allah semoga bermanfaat.

Doakan keluarga saya.

Assalamualaikum dan selamat malam.

Thursday 11 July 2019

Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Semoga kalian baik-baik aje. Fuhh setelah 2 Tahun baru nak update balik blog ni. Busy bebenor gamaknye.

Sementara tunggu kain selesai dibasuh kat dapur tu saya nak share pengalaman saya bawa isteri bersalin di HOSPITAL SHAH ALAM (HSA). Jom mula.

Nama saya Azwan. Nama isteri saya Labuda. Pada 22.5.2019 (Rabu) adalah tarikh Labuda bersalin. Labuda dijangka bersalin sebenarnya pada 28.5.2019 which is sehari selepas birthday saya haha. Kami memang dari awal decide nak bersalin di Hospital Shah Alam (HSA). Sebenarnya Labuda yang request bersalin kat situ. Murah dan banyak doktor pakar. So secure sikit lah.

Untuk pengetahuan semua, tarikh tu dalam bulan puasa. 17 Ramadan 1440H. Nuzul Quran. Okay jom teruskan.

Pagi 22.5.19 tu saya dan Labuda buat senaman jalan itik. Orang kata senaman tu akan memudahkan orang mengandung ni cepat buka bukaan nya. Memang betul. Beberapa minit selepas senaman tu terus ada major hint yang BABY kami nak keluar dahh. MashaAllah! Sebenarnya semalam tu dah ada minor hint dah. Bila perasan dah ada major hint tu kami excited. Terus decide nak ke hospital tapi singgah dulu MYDIN Seksyen 18 beli barang. Kahkah. Sempat lagi tu.

UNIT KECEMASAN HSA DAN TINGKAT 4

11am sampai di HSA. Check apa semua Labuda warded dah 12pm tu. Sebab bukaan dah 4cm. Wad dia tingkat 4 sementara tunggu nak deliver. From that mula lah 'CONTRACTION PAIN LABUDA"!!! Scary wehhh. Labuda pun tukar baju HSA baju pink tu tunggu dan terus tunggu untuk deliver. Untuk saya kena tunggu kat waiting area khas untuk para SUAMI. Juga di tingkat 4.

Ini gambar kat waiting area para suami.



So saya tunggu Labuda kat sini dari pukul 1pm sampai 8.30pm. Perhhhh lama kot. During that time lah macam macam saya baca untuk memudahkan Labuda bersalin. Memang selesa kat waiting area suami ni. Kat sini para suami sahaja boleh masuk. Family atau kenalan dilarang masuk. So take note ya pada para suami. Kat sini juga soket untuk charge phone terhad. Sape cepat dia dapat. Better suami bawa power bank.

Tepat jam 8.30pm nurse panggil guna speaker, 'Suami kepada Puan Labuda sila masuk dalam Labour Room'. Alhamdulillah rezeki dapat masuk labour room temankan Labuda. Ada kes suami nurse tak panggil tau untuk temankan isteri. Mungkin ada sebab dia. Labour room penuh ke. Terpaksa bersalin atas katil sementara tunggu ke Labour Room. Jadi, para suami isteri ni kena doa banyak-banyak supaya Labour Room tak penuh dan ada katil ye.

Alhamdulillah rezeki Labuda dapat Labour Room dan katil. Saya dalam labour room usah kata lah best ke pengalamannya. Jawapan dia memang best lah hahaha. 1st time kot. Tu yang nak pitam tu bukan sebab takut darah, tapi sebab takde tenaga. Buka puasa haritu cuma kurma dan air kosong. Lepas saya bagi kata-kata semangat dan motivasi kepada Labuda, alhamdulillah tepat jam 9.36pm 22.5.2019 bersamaan 17 Ramadan 1440H lahir lah baby kami secara normal. Syukurrrrrr! Takbir!!!

WAD BERSALIN TINGKAT 8

Lepas Labuda selamat bersalin, settle baby apa semua Labuda kena warded di Tingkat 8. Alhamdulillah rezeki Labuda lagi sekali dapat wad Kelas 3 yang 1 bilik ada 2 katil. Macam VIP gitu. Hehehe. Bawah ni gambar dalam wad tu. Memang SELESA! Makanan dia pun okay juga cuma ada makanan yang dihantar tak boleh makan sebab dah start berpantang. Labuda warded selepas bersalin tu semalaman je esok dah boleh discaj.



Jadi boleh nampak kan selesa tak selesa dalam gambar tu. Alhamdulillah.

KOS KESELURUHAN LABUDA

Tepat jam 8.50pm 23.5.2019, Labuda boleh discaj. Mesti nak tahu kan berapa kos dia? Memang sangat berbaloi. Memang betul rezeki Labuda.



KOS SEBENAR: RM3,753.00

KOS DIBAYAR: RM40.00

Boleh nampak perbezaan kos sebenar dan kos yang perlu dibayar. Memang berbaloi baloi!!!! Hehehe.

Kepada sesiapa yang ada perancangan nak bersalin di HSA ni, digalakkan untuk jadikan post ni sebagai panduan. Semoga bermanfaat. Doakan keluarga kecil saya ye. Next entry saya akan share pasal Cara Basuh dan Tanam Uri. Stay tuned!

Assalamualaikum dan selamat malam.