Friday 3 January 2020

TAHUN BARU 2020 Di DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat dan semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT. Okay entry atau post kali ini saya nak share pengalaman saya dan keluarga short trip di DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA.

Pengalaman 2 Hari 1 Malam di DASH BOX HOTEL, CYBERJAYA

Alhamdulillah trip ni my sister yang sponsor. FULLY SPONSORED haa. Terima kasih along for this trip! Fyi, my sister ialah agent sah untuk percutian di Malaysia. Apa-apa boleh refer my sister okay. Jom kita teruskan apa yang bestnya DBH ni.

1) Bilik

Okay untuk bilik saya just refer gambar dari uncle Google je sebab tak sempat nak snap. Saya actually sampai DBH malam. Lepas kerja terus shoot sana. My other family members yang dah sampai dulu. Yelah bila sampai malam mesti penat. Masuk bilik terus nak rest. Settlekan pampers Maryam apa semua then baru tidur.

Oh ye di DBH ni every BOX ada 3 unit. 2 unit di bawah dan 1 unit diatas. 2 unit tu ada king bed dan 1 unit tu ada double single bed. REMINDER!!!!! Sliding door facing pool tu orang luar boleh nampak orang dalam tahu! Better tutup langsir properly kang tak pasal-pasal dorang boleh tengok korang dalam tu. Aurat sangat penting!

Nah uncle Google belanja gambar interior.



Yang atas ni gambar Google. Sebiji sama realitinya. Gambar bawah ni gambar luar bilik saya yang berjaya saya tangkap.



Seronok bukan?

2) Swimming Pool

Untuk swimming pool ni bukan lah direka oleh Arkitek untuk ibubapa punya keseronokan. Pastinya untuk kanak-kanak haha. Dia ada side yang dalam like 1.3m deep dan ada side yang cetek. Memang sangat sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda.

Kalau nak mandi tu better pagi. Jangan pukul 10am baru nak mandi sebab matahari dah naik tinggi. Panas lit lit. Untuk malam dia buka sampai pukul 9pm. Demi menjaga privasi customer. Gambar bawah ni saya ambil sendiri menggunakan camera handphone HONOR Lite 9 Blue Colour.



Nampak sunyi bukan? Ye sebab awal pagi tak silap pukul 7am lebih. Kang ambil time budak mandi habis percikan air kena handphone. Dah lah screen crack. Hmm. Eh tak kenapa nak cerita masalah handphone kau wan? Hahaha.

3) Cafe

Cafe ni quite hipster style lah. Nice. ID desgin sangat mengujakan. Better korang tengok dengan mata kelapa korang. Eh mata kepala!



Gambar 1st saya snap sendiri. Yang lain uncle Google punya. Tak sempat juga nak snap sebab LAPAR YAMAT!

Makanan dia pun okay lah. Nak kata sedap sedap juga. Nak kata tak sedap pun tak juga. So so. Buffet style hanya Nasi Lemak Ayam Rendang, Porridge dan Sereal. Plus hot drinks and juice.

Korang boleh order ala carte which is FREE sebab include dan harga korang bayar untuk bilik.

Saya haritu order cheddar cheese egg dengan hash brown. Pun okay juga tu. Tapi kalau panas mesti lagi sedap! Nah gambar menu dia.



Harga dalam menu tu untuk walk in rate kalau macam datang sana saje saje tak duduk.

4) Parking

Parking dia usah kata lah memang sangat besar dan selesa. Ada yang covered dan ada yang tak. Yang tak tu dekat luar bilik. Memang disediakan parking untuk customer. Untuk parking takde apa nak describe sangat. Kang saya bagitau sequence construction parking korang tak faham pula hehehe.

5) Harga

Eleh mesti tak sabar nak tahu harga kan? Entah baca entak tidak yang atas tu. Entah korang scroll terus cari harga haha. Gurau gurau. Actually harga dia tak mahal kalau korang booked awal. Atau ada voucher. Masa saya pergi tu harga untuk unit bawah cuma serendah RM240. Ada lebih murah ikut hari. Kalau nak lebih murah contact my sister https://www.facebook.com/qaseh.shannizam untuk FB dan boleh direct call/whatsapp di no 012 244 8873.

6) Perkarangan DBH



Memang best!

Jadi itulah saje yang saya boleh share dengan korang. Harap bermanfaat dan harap juga korang share this post to your family, friends, lecturers, and etc.

Semoga kita semua sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah SWT.

Assalamualaikum.