Monday 15 July 2019

Cara Basuh Uri Dengan Betul dan Bersih

Assalamualaikum semua. Selamat malam. Semoga yang baik-baik buat semua. Saya baru je siap makan apa semua then feel free nak blogging. Nak share ilmu sikit kepada semua. Sementara menaip ni Labuda jaga Maryam. Hehe.

Okay. Post kali ini adalah kesinambungan daripada post sebelum ini berkenaan dengan post 'Pengalaman Bersalin Di Hospital Shah Alam'. Pada yang dah baca saya ucapkan terima kasih banyak-banyak dan diharapkan agar dapat manfaat daripadanya.

Saya bukan lah ustaz atau orang yang mahir bab agama, tapi cuma ingin berkongsi pengalaman saya basuh uri buat pertama kali dalam hidup saya. Sepanjang tempoh mengandung Labuda, selain menjaga emosinya saya juga ringan tangan menimba ilmu daripada ustaz, mak, orang-orang yang berpengalaman dan pakcik GOOGLE dalam mengendalikan URI selepas kelahiran bayi.



Cantik kan nurse Hospital Shah Alam balut URI Maryam? Gambar ni saya ambik masa nak start basuh URI. Actually dia dibalut bersama dengan plastik. Pertama kali saya pegang URI adalah selepas beberapa minit saya keluar dari LABOUR ROOM iaitu sekitar pukul 10.30pm. Labuda deliver pukul 9.36pm . Gembira campur sebak perasaan. Alhamdulillah.

Pada malam tu Labuda warded dan saya perlu balik. Saya pun bawalah URI Maryam balik dan cepat-cepat masukkan dalam peti ais.

URI MARYAM PERLU DIBASUH DAN DIBERSIHKAN DENGAN SEGERA

Saya basuh URI Maryam keesokan paginya. Bahan yang saya sedikan adalah CUKA, ASAM JAWA dan GARAM. Bahan lain seperti limau boleh juga nak guna terpulang as long as URI yang dibasuh itu bersih dan tidak berbau.
Saya ambil masa 1 jam 10 minit untuk basuh URI Maryam. Punya lah teliti. HAHAHA. Kaedah dia senang je. Untuk garam cuma taburkan keatas dan kebawah permukaan URI dan gosok ikut lawan jam. Manakala asam jawa, campur kan sedikit air dan masukkan air asam jawa tadi di celah belahan URI serta picitkan URI tadi tu secara perlahan agar darah dapat keluar. Penggunaan cuka sama seperti garam tadi. Ulang kaedah ini beberapa kali. Yang penting, darah berkurang dan tidak berbau. Sambil basuh tu jangan dengar lagu pula. Baca fatihah, 3 qul dan selawat banyak-banyak.

Ini URI Maryam yang selesai dibasuh dan dibalut dengan kain.


Selepas balut URI Maryam, aktiviti menggali tanah bermula. Saya gali dalam sikit supaya anjing tak dapat bau dan tanam secepat yang mungkin. Phewwwwwww.







Setakat ni faham tak? Kalau faham Alhamdulillah. Kalau belum faham saya 'summarize' kan ye.

Berikut adalah langkah yang saya ambil bagi mengendalikan URI Maryam dari saat pertama saya dapat sehingga lah saat menanam URI Maryam.

1. Masukkan URI dalam peti ais (Freezer) dan asingkan URI dengan makanan mentah yang lain. (Kes saya Labuda bersalin malam, tu yang masuk freezer dulu esok nya tanam)

2. Sediakan cuka, asam jawa dan garam.

3. Basuh URI dengan bahan diatas berulang kali sehingga hilang darah, bau dan mestilah bersih.

4. Cari tempat yang sesuai untuk tanam URI bagi mengelakkan binatang liar seperti anjing dapat mengesan bau URI.

5. Gali sedalam yang mungkin.

6. Letakkan URI yang siap dibasuh dan dibalut dengan kain kedalam lubang yang digali tadi.

7. Timbus lubang dengan tanah.

8. Letakkan batu keatas tanah yang ditimbus.

Sekian sahaja perkongsian ilmu tentang macam mana saya kendalikan URI atas nasihat orang yang berpengalaman. In shaa Allah semoga bermanfaat.

Doakan keluarga saya.

Assalamualaikum dan selamat malam.

No comments: