Saturday 27 June 2015

Sekecil-kecil Kebaikan

Assalamualaikum, bismillahirrrahmanirrahim. Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya bagi Allah SWT, yang Maha Kuasa, makhluk langsung tiada kuasa.

Kali ni nak share tentang topic 'kecil' tapi memberi 1001 makna. Bukan 1001 rempah ye. Kecil bukan bermaksud tak penting tapi kadang-kadang kita manusia tak perasan sebenarnya yang 'kecil' itulah penting dan Allah sangat suka, iaitu..


'Sekecil-kecil Kebaikan atau 'Kebaikan yang kecil tetapi Berterusan'


Dalam buku Genesis Metamorfosis, ada menyentuh tentang topic ni, tertarik pula rasanya. Saje nak share kepada semua kot ada yang tak sempat nak beli atau dah beli tapi tak sempat nak baca..

Allah suka sebenarnya kepada mereka yang berbuat kebaikan walau sekecil zarah sekalipun tapi secara berterusan. Besar pahalanya tu.

Macam ni, selagi nyawa dikandung badan, selagi tulang empat kerat masih larat, buatlah apa jua kebaikan walaupun ia hanyalah sekecil-kecil kebaikan. Kerana apa?

Kerana sekecil-kecil kebaikan itulah yang akan menerbitkan rasa cinta, yang mampu mengubah hati yang keras menjadi lembut, yang mampu mengubah dendam menjadi pemaaf, yang mampu membuat benci menjadi sayang, yang mampu mengubah musuh menjadi kawan, yang mampu mengubah pergaduhan menjadi persahabatan, dan yang mengubah kekecohan menjadi keamanan. even dengan hanya sekadar memberi senyuman pun mampu membuatkan orang lain berasa tenang dan selesa bila berjumpa dengan kita. Kan senyuman itu satu daripada Sedekah?

Nabi kita Muhammad S.A.W pernah ditanya oleh para sahabat tentang amalan apakah yang paling baik sekali? dan Baginda menjawab "Amalan yang sedikit tetapi berterusan".

Besar sebenarnya kuasa sekecil-kecil kebaikan ni, dan saya pasti semua orang mampu buat. InshaaAllah.

Tambah-tambah lagi kita sekarang berada di dalam Bulan Ramadhan. Kalau ikutkan banyak sangat dah ganjaran yang Allah tawar. Dan banyak juga kebaikan yang boleh kita lakukan. Dalam masa yang sama, teringat pula pesanan ustaz dalam kuliah pendek (tak ingat nama ustaz) yang mana beliau berpesan, jangan dikenang selalu kebaikan yang pernah dilakukan kelak takut akan timbul perasaan ujub dalam hati dan banyakkan ingat dosa yang pernah dilakukan agar timbul rasa insaf yang menebal dalam diri dan dalam masa yang sama air mata keinsafan pasti mengalir dengan sendirinya. Itu tandanya Hidayah Allah. Wallahualam.

So, belilah buku ni saje nak recommend sebab banyak perkara yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita InshaaAllah.

"Aku lebih rela perit mencari titik perubahan, jika itu temukan aku dengan Tuhan"

Genesis Metamorfosis

Akhir kata,
Jadilah Pemuda dan Pemudi Yang Beriman,

Azwan Zamhari


2 comments:

Anonymous said...

"Even dengan hanya sekadar memberi senyuman pun mampu membuatkan orang lain berasa tenang dan selesa bila berjumpa dengan kita. Kan senyuman itu satu daripada Sedekah?"

Saya setuju ya akhi. Tapi kita jangan lah berburuk sangka jika seseorang tidak tersenyum di kala kita tersenyum padanya. Mungkin kerna dia mempunyai masalah yang susah hendak dilepaskan. Bersangka baik itu perlu.

Salam Perkenalan :)

Azwan Zamhari said...

Ya betul. Bersangka baik. Salam perkenalan.