Friday, 13 October 2017

The power of Sedekah

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat penghulu segala hari. Hari yang berkat. Azwandoakan semua sentiasa dipelihara oleh Allah. In shaa Allah. Amin.

Tergerak hati nak kongsi dengan semua tentang apa yang Azwan dapat semalam (12.10.2017).

Semalam, niat dihati nak tukar bateri motor di satu bengkel seksyen 7 Shah Alam sebab macam dah kong. Sebelum tu singgah lah shell seksyen 7 tu nak keluarkan duit semata-mata nak tukar bateri tu. Sebelum masuk tu ada perasan seorang makcik jual kerepek depan pintu kedai kat shell tu. Banyak kerepek yang dijualnya tu haa. Okay takpelah Azwan terus buat keputusan nak keluarkan duit. Masuk je tengok beratur panjang kat atm. Adalah dalam 10 orang depan Azwan. Lepas 10 minit beratur, tiba lah giliran Azwan nak keluarkan duit dan alhamdulillah berjaya.

Sebelum masuk ke dalam kedai tadi memang niat nak belikan something untuk makcik tu, Azwan ambil keputusan belikan roti dan air mineral je. Sebab tak tau nak beli apa. Nak beli nasi susah sikit sebab rushing nak ke bengkel. Roti tu yang ada 6 biji tu. Supaya makcik tu boleh makan ulang-ulang.

Bila Azwan dah beli tu terus bagi kat makcik tu sambil minta makcik tu doakan Azwan dan keluarga murah rezeki dan sentiasa dipermudahkan urusan. Makcik tu pun terus berdoa depan Azwan. Terkejut sekejap sambil tersenyum dan ucap terima kasih kat makcik tu. Azwan ambil keputusan untuk terus pergi ke bengkel dengan jam yang menunjukkan pukul 4.35pm.

Alhamdulillah sampai ke bengkel terus tanya pomen tu bateri motor jenis gel yang berharga RM78. Selepas runding punya runding punya runding punya serunding Azwan pun setuju dengan tawaran harga tersebut. Pomen tu pasang lah bateri baru selepas keluarkan bateri lama dari motor. Lepas je pasang problem dia pun still sama. Sepatutnya bertambah baik lah kan? Ini tidak, still sama. Tapi takpelah. Pomen tu panggil kawan dia lagi sorang untuk check. Lepas pada tu Azwan dapat agak bukan masalah bateri. Bila pomen yang kedua tu check rupanya masalah fius je. Azwan suruh dia gantikan bateri yang lama sebab tak jadi ambil yang baru. Dalam hati Azwan ya Allah tu je ke masalah dia. Bermonolog dalam diri. Haha.

Selepas selesai pomen kedua tu betulkan, Azwan tanya harga kena bayar berapa. Pomen tu cakap cuma RM5 sahaja instead of RM78 awal tadi tu.Ya Allah masa tu Azwan bersyukur sangat. Rezeki yang tak disangka-sangka. Dah lah masa tu tengah tak berapa ada duit nya. Haha. Lepas bayar tu Azwan pun cakap terima kasih kat pomen tu dan terus balik. Dalam atas motor tu baru Azwan teringat sebelum ke bengkel tadi ada belikan makcik kerepek roti dan air dengan bermodalkan RM5.20 sahaja. Tak lama pada tu terus Allah murahkan rezeki dari Azwan kena bayar RM78 tadi tu cuma hanya RM5 sahaja. Dalam hati masa otw balik tu memang rasa bersyukur sangat.

Betullah janji Allah tu. Sedekah lah walau cuma RM1. Kesannya memang luar jangkaan.

Pesan Azwan jom lah sedekah walau RM1 tapi 'istiqomah'.

Itu jelah kot Azwan nak kongsi. THE POWER OF SEDEKAH.

Selamat bercuti. Assalamualaikum.


Tuesday, 18 July 2017

Kerjaya sebagai Jurukur Bahan (QS)

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah syukur kepada Allah. Ada lagi rezeki sampai detik ini.

Harini Azwan nak share tips menjadi seorang Jurukur Bahan yang baik. In shaa Allah.

Alhamdulillah sekarang Azwan bekerja sebagai Jurukur Bahan (QS) in firma perunding (QS Firm). Rezeki Allah beri. Sebenarnya tak pernah terdetik nak kerja as QS ni. Tapi kita kan hanya mampu merancang Allah yang menentukan. Hehe.

Kerjaya seorang QS ni bukan mudah ye. Ia memerlukan daya tahan yang kuat dari aspek mental dan fizikal cehh. Haha takdelah. Sebenarnya biasa je (pada yang dah ada pengalaman over 5 years). Macam Azwan ni baru merangkak biasalah kan. Nak timba ilmu bukan senang kan? Takpe merangkak dulu.

Apa yang Azwan timba dari lecturer dan QS sendiri, untuk menjadikan seorang QS itu lebih mahir dalam major scope as QS ni adalah dengan start dengan Consultant dulu. Sebab QS ni dengan Contract macam adik beradik dah. So Azwan syorkan lepas habis belajar tak kisah Dip ke, Degree ke kan, start lah dengan consultant dulu. Seriously sangat membantu. (Tapi kalau rezeki di Contractor ke Developer ke Client ke pergi je jangan tolak).

Antara scope of works for QS in consultant adalah:

1. Prepare Feasibility Study (FS)

FS ni lah yang penting sekali sebelum start project. Yelah mana tak nye, client mestilah nak tau profit dia bila dia develop dan invest any development. SO nilah QS kena prepare. Tak kisah project tu residential ke commercial ke industrual ke kan. Sebagai contoh, client nak buat terrace house 300 unit dalam satu tanah yang besar. So depa nak tau profit bro profit haha. Ia dipanggil "Return on Investment' ROI. Normally dalam project ROI dia mesti 10%-30% (tertakluk kepada project juga ye, subject to change). So QS kena mahir dalam bab ni.

2. Taking Off Quantities (Measurement)

Perhh ni antara skills yang wajib ada dalam diri QS. Keba mahirkan juga sebab apa? Kalau tak mahir takpe, Azwan percaya majikan akan ajar atau senior akan ajar. Dont worry. Slow slow belajar. Learning process. Ia terbahagi kepada Architectural dan Structural. So QS kena come out with Quan from those drawings. Part yang complicated sikit ialah nak kira besi adoiyaiii pening. Tapi memang kena teliti kira tu. Yang lain pun teliti juga. Jangan seborono je kira. Hahaha.

3. Prepare Bills of Quantities (BQ)

BQ ni penting juga haha. (Semua penting) Normally korang kena hadam drawings betul betul sbab all the spec ada kat situ. Dari substructure sampai lah superstructure. Ingat jangan tertinggal item dalam BQ. Puanh nanti haha. Haa tadi kan korang kira quan kan? So korang kena link kan quan tu ke BQ korang. BQ penting juga tau. Ibarat buku project tu hehe.

4. Prepare Tender/Contract Document

Ini wajib kot QS kena prepare. Especially consultant. Bila korang ada pengalaman buat ni memang superb lah sebab apa sebab korang tau contract apa yang nak pakai semua. Clause clause yang terlibat. In the future if anything happen, QS boleh refer je contract. Kalau delay project ke kan, berapa denda yang kena bayar, dan macam macam lagi. Ini yang penitng tau as QS ni. All about contract. Sangat penting. Bila client tanya apa apa so korang dah ada 'clause' dalam mind korang. Make sure yang related eh jangan semborono je bagi clause. Dari situ Client nampak kredibiliti korang wehhh. Kot mana tau ada rezeki depa panggil kerja dengan depa kan. Possible bro.


Tu je Azwan rasa penting disamping QS kena buat:

- Cash flow
- Final Account
- Variation Order (VO)
- Admin works

So QS ni tak susah tau. Korang kena ada soft skills, jangan malu nak tanya. Tak tau cakap tak tau. Jangan memandai. Betul Azwan cakap ni. Kadang Azwan pun memandai juga hahahaha.

Tu je lah yang boleh dikongsikan. Kalau ada kekurangan Azwan mohon maaf ye, dari insan yang dahagakan ilmu.

p/s: Azwan just share pengalaman di Consultant. Tapi kalau Allah beri rezeki selain Consultant korang proceed je. Ilmu juga tu. Pelan pelan kayuh gamaknye. Hehe.

Nanti sambung next entry. Terima kasih ye. Bye.

Azwan Zamhari


Wednesday, 7 June 2017

Terima Kasih Allah!

Assalamualaikum. Azwan kembali lagi. Hehe. Alhamdulillah dah 12 Ramadhan. Kurang lebih 18 hari lagi nak Syawal. Syukur juga Allah panjangkan nafas Azwan dan semua sampai detik ni. Alhamdulillah. Moga-moga Allah beri keberkatan dalam setiap hembusan nafas kita ye.

Alhamdulillah. Terima Kasih Allah!
Itulah ucapan yang paling tepat dari kita untuk Allah Sang Pencipta.

Manusia ni sentiasa buat kesilapan kan? Berkali-kali tanpa jemu. Tapi Allah pun tak jemu nak maafkan dan sentiasa bagi peluang. Untungnya kita wahai umat manusia. Besar sangat kasih sayang Allah pada kita ni.

Bro and Sis semua, yakin dengan Allah ye. Pengampunan dari-Nya, Rezeki pun dari-Nya juga. Kalau dah buat salah tu, minta ampun dengan Allah. Taubat setaubat-taubatnya. In shaa Allah, Allah dengar dan akan ampunkan. Tambah-tambah berkat bulan Ramadhan ni. Jaga baik-baik hubungan dengan Allah terutama sekali. Disamping hubungan dengan manusia dan alam.

"Dan barangsiapa yang mengerjakan keburukan dan menganiaya dirinya sendiri, kemudian memohonkan pengampunan kepada Allah, maka ia akan mendapatkan Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang." (an-nisa' : 110)

Selamat Berpuasa semua!

Jom jadi Pemuda-pemudi Beriman.

Azwan Zamhari.

Thursday, 24 November 2016

Ujian Allah sesuai dengan kemampuan manusia

Assalamualaikum. Wah lama tak update blog ni Azwan rasa. Alhamdulillah Allah beri kesempatan lagi untuk Azwan karang blog ni. Hampir 6 bulan jugalah tak dan tengok blog ni. Al maklum lah busy haha.

Syukur, syukur.

Pejam celik dah Bulan 11. Sebulan lagi nak sampai ke tahun baru. Alhamdulillah sekali lagi Allah pinjamkan nyawa kepada Azwan sampai hari ini untuk terus menjalani hidup sebagai 'hamba' dimuka bumi ini. What a good feeling!

Sempat tak sempat, Azwan nak sampaikan ilmu walaupun sikit. Nabi kata 'sampaikan lah ilmu walau satu ayat'. 

Manusia. Ciptaan Allah yang sangat sempurna! Kenapa sempurna? Cuba bayangkan kalau Allah cipta manusia tu takde telinga. Macam mana nak dengar? Cuba bayangkan kalau Allah cipta manusia tu takde kaki. macam mana nak berjalan? Setiap apa yang Allah cipta tu pasti ada kebaikan. The best Creator.

Di samping kesempurnaan manusia, Allah hadirkan satu lagi keistimewaan dalam diri manusia. Apa dia? Kemampuan. Kemampuan manusia yang ada seluruh pelusuk bumi ni adalah berbeza. Macam Azwan berbeza kemampuannya. Korang kat luar sana pun berbeza kemampuannya. Dengan cara apa yang menunjukkan Allah sayang kepada hamba-Nya? Dengan cara 'uji' semua hamba-Nya.

Lain manusia lain ujiannya. Sebagai contoh, dalam skop belajar lah ya. Kalau kata Allah nak uji pelajar universiti dengan gagalkan subjek atau tambah semester, boleh je. Sebab apa Allah buat macam tu? Sebab Allah jelah tahu yang pelajar tu 'mampu' harungi dan hadapi dengan tenang. Dengan syarat pelajar tu kenalah husnuzon dengan Allah. Bersangka baik. Cakap dalam diri 'Allah sayang aku ni sebab tu Dia uji. Aku mampu hadapi ujian ni. Mungkin besar hikmah nanti. Siapa tahu'. 

Manalah tahu rezeki pelajar tu ada masa bekerja kelak? Dengan kesusahan yang dilalui tu Allah balas dengan keberkatan dan rahmat kan, takde siapa tahu.

Jangan bezakan kemampuan kita dan kemampuan orang lain. Allah dah atur dan tetapkan siap-siap dah rezeki, ajal maut, dan jodoh. Just follow the flow alright.

Akhir sekali, jangan cepat melatah bila dapat ujian. Sebaliknya bersyukur. Sebab Allah sayang. Allah rindu sangat kat kita. Ingat, akan ada "hikmah' yang lebih besar untuk orang yang ditimpa ujian dan dugaan.

Jadilah pemuda-pemudi yang beriman.

Azwan Zamhari



Tuesday, 31 May 2016

Mahasiswa Di Dalam Bulan Ramadhan


MAHASISWA DI DALAM BULAN RAMADHAN

Berbaki 2 minggu untuk habiskan kuliah sebelum final exam, pastinya waktu yang sangat sukar tambah-tambah lagi dalam bukan Ramadhan ni. Yelah mana tak nya, pergi kelas siapkan assignment semua tu, letih lah.

Haa, kita reverse psokologi eh. Waktu tu lah best sebenarnya. Dalam sedar tak sedar masa pantas berlalu. Tup-tup dah nak berbuka. Hehe. Dalam masa yang sama, kita sama-sama niat agar puasa kita tu diterima Allah. Amin In shaa Allah.

Alhamdulillah, Allah izinkan ambil final exam dalam bulan yang penuh dengan barakah..so kena lah ambik peluang untuk merebut ganjaran yang Allah tawar ni...hehe..in shaa Allah tolong doakan ye..


TIPS UNTUK MAHASISWA ISTIQOMAH DALAM BULAN RAMADHAN

1. Solat Jemaah

Bak kata Akhi Saufi, bulan Ramadhan ni lah bulan yang paling baik untuk kita perbaiki solat jemaah..terutamanya solat Subuh, lepas waktu Imsak tu boleh stanby buat solat sunat sebelum Subuh, ganjaran dia lebih baik dari dunia dan segala isinya..so nanti boleh terus solat Subuh secara berjemaah..semoga sama-sama kita istiqomah, bukan dalam bulan Ramadhan je, konsisten sampai akhir nyawa kita, In shaa Allah. Dalam pada tu, jangan tinggal solat sunat tahajud dan dhuha ye.  (Azwan repost semula content ni)

2. Sedekah

Selain itu, perbanyakkan amalan sedekah juga dituntut dalam bulan ni. Okay cara dia macam ni:

1. Setiap kali ke masjid ringankan tangan sedekah dalam tabung masjid. Tak kisah berapa. RM1, RM5, RM10 dan sebagainya.

2. Sebelum pergi kelas tu pergi kat cermin tengok muka tu lama-lama. Cakap dalam hati, Ya Allah cantik/handsome nya ciptaan Allah, sambil urut kedua belah pipi. Tujuannya adalah untuk SENYUM. Senyum kan satu sedekah juga. Senyum je kat sesiapa, kawan ke lecturer ke dan sebagainya. Orang kutuk pun senyum juga eh.

3. Sebagai student, mungkin ada antara kita yang tak mampu untuk memberi orang yang berpuasa makan. Jangan kawatir, kalau tak dapat macam tu, beli je Kurma dan bungkuskan dalam plastik 2-3 biji dan sedekah kan kepada mereka yang berpuasa. (Idea saudara Naqiuddin)

4. Sedekah kan Al-Fatihah kepada keluarga kita yang telah  pergi meninggalkan kita dan semua umat Islam.

5. Kita sebagai student, mesti banyak pakaian yang masih elok tapi tak pakai dah. Haaa, apa kata sedekahkan kepada fakir miskin, homeless, anak yatim dan mereka yang memerlukan? Selagi mana mereka mengenakan pakaian tersebut ke atas diri mereka, selagi itulah kita dapat pahala.

3. Al-Quran

Bulan ni masa yang sesuai untuk kita semua khatam Al-Quran. Cara dia senang je In shaa Allah. Baca 4 muka surat setiap kali solat fardhu. Selama 30 hari secara konsisten. Yelah kita student agak-agak sempat ke lepas solat tu nak spend time 10-15 minit nak baca Al-Quran? Kot ada kelas ke kan? Alaaa takpe sempat je In shaa Allah. Sebab tu penting solat di awal waktu. Let say tak sempat kan, kelas pukul 2 dan fakulti jauh. Kita boleh Qada bacaan nya tu. Contoh, kita miss 4 muka surat lepas zuhur. Kita boleh cover balik lepas asar ke, lepas tarawih ke. Ikut kesesuaian masing-masing. Yang penting 20 muka surat SEHARI.

*Azwan tulis semua ni bukan semata-mata untuk mengingatkan korang, tapi jauh disudut hati Azwan, nak ingatkan diri Azwan sendiri. Semoga penulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada pembaca. Kita sama-sama improve diri eh.

Wallahualam.

Jadilah Pemuda dan Pemudi Yang Beriman,

Azwan Zamhari


Tuesday, 10 May 2016

Adik-beradik, Musuh atau Kawan?

Assalamualikum dan selamat pagi. Alhamdulillah syukur Allah berikan lagi peluang untuk tambah amal dalam mengejar Syurga Allah. Dalam sedar tak sedar dah pun masuk separuh daripada 365 hari untuk tahun 2016 ni. Puasa pun dah tak lama je lagi. Sape yang belum ganti puasa tu faham-faham jelah ye. Hehe. Semoga Allah permudahkan.

Harini Azwan nak cerita berkenaan dengan "Adik-beradik, Musuh atau Kawan?

Umpama pepatah Melayu, "Air yang dicincang tidak akan putus". Pepatah ni amat sesuai dengan adik-beradik kita sendiri. Setuju? Yelah, nak buat macam mana lagi kan. Hari-hari mengadap muka yang sama je, gaduh, bertikam lidah tu semua standard lah kan. Kalau takde macam tu tak sweet lah gamaknya hehee. Barulah ada 'kasih dan sayang tu'.

Sesetengah daripada kita ada yang hubungan dengan adik-beradik tu renggang. Sangat renggang, sampai ada sekali tu timbul perasaan benci. Sampai tengok muka mereka pun tak boleh. Mungkin ada something yang mereka buat sampai timbul perasaan yang tak elok tu. Tapi, jangan khuatir. Perasaan tu semua akan hilang bila kita kian membesar.

Bila dah umur 20an ni, percayalah. Hubungan dengan adik-beradik tu akan jadi akrab. Yelah, mana tak nya. Masa kecil tu tak boleh sangat berfikir tu yang buat keputusan yang tak elok. Bahkan, ada sampai membenci lagi tu. Tapi takpe, lama-lama pudar perasaan tu dan perasaan sayang tu mula mekar bak bunga Rafflesia. Macam kita dengan kawan kitalah. Bergurau senda, share masalah kan, so why not kita buat perkara yang sama kepada adik-beradik kita? Tapi level kawan tu hendaklah sesuai dengan keadaan. Jangan sampai kita hilang 'respect' terhadap kesemua adik-beradik kita.

Pentingnya ADIK-BERADIK ni ialah, bila umur kian meningkat, korang boleh bagi jaminan tak yang kawan baik atau BFF tu ada dengan korang sampai akhir hayat? Kalau ada tu Alhamdulillah lah. Tu bezanya dengan adik-beradik. Mereka inilah yang akan membesar bersama kita secara dekat. Apatah lagi kalau kita sakit. Mereka jugalah yang akan sentiasa ada untuk kita. Selain ibu bapa. Jangan diantara kita mesra dengan kawan dan tak mesra dengan adik-beradik ye. Kalau ada tu in shaa Allah jom sama-sama tukar.

Akhir kata, berKAWAN BAIK lah dengan adik-beradik kerana mereka sangat berharga. Biar hilang KAWAN jangan hilang FAMILY. :)

Kepada:
1. Nurul Nur Hidayah Binti Zamhari
2. Muhammad Fareez Bin Zamhari
3. Muhammad Aliff Bin Zamhari
4. Muhammad Khairul Aiman Bin Zamhari
5. Zulhaffiz Zariq Bin Zamhari

Terima kasih untuk segalanya. Azwan sayangkan kalian.


Jadilah Pemuda dan Pemudi beriman.

Azwan Zamhari







Friday, 18 March 2016

3 Perkara Yang Perlu Kita Buat Setiap Hari

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Selawat dan salam ketas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah syukur Allah beri lagi peluang dan ruang untuk kita bernafas. Erti kata kain, masih hidup lagi,

Share atau kongsi perkara baik tidak menjanjikan kita ni baik. Itu semua datang dari Allah yang titipkan ke dalam hati kita untuk berkongsi perkara yang baik-baik. Nabi ada sebut, orang yang merasakan dirinya baik adalah orang yang sebenarnya tidak baik. Penting muhasabah dan istiqomah tu.

Entry sebelum ni Azwan ada janji mengenai perkongsian kisah-kisah Sultan Muhammad Al-Fateh. Tapi maaflah ye, bukan untuk entry kali ini, InshaAllah next entry ada lah tu hehe.

Okay, apa sebenarnya 3 Perkara tu?

1. Minta ampun dari Allah.

Kita semua kan pendosa? Setiap hari mesti ada dosa yang kita lakukan. Sebab itu penting minta ampun dari Allah. Solat kena jaga. Istigfar penting juga. Bila dalam hati terdetik nak "Ya Allah ampunkanlah aku" itu pun dah dikira Istigfar. InshaAllah, Allah Maha Pengampun.

2. Minta maaf dari Ibu dan Ayah

Kita sebagai anak mesti nak jadi anak yang yang soleh dan solehah kan? Berkat ibu ayah ni Ya Allah, penting sangat untuk kehidupan anak-anak. Ringankan lah mulut untuk minta maaf kepada mereka. Kita pun one day akan jadi Ibu dan Ayah kepada bakal anak-anak kita. So bila baik perilaku kita terhadap orang tua kita, baik lah juga perilaku bakal anak-anak kita nanti. InshaAllah. Dalam Al-Quran kan ada sebut, redha Allah terletak pada redhanya ibu dan ayah. :)

3. Jelaskan hutang

Hutang. Siapa kata perkara ringan? Uishhh, berat yang amat bila sebut hutang ni. Ada sesetengah dari kita yang ambik ringan pasal hutang, Azwan minta jangan lah ambil ringan. Contoh, dengan sahabat baik kalau kita berhutang, pun kena bayar semula. Walaupun dia tak minta. Jelaskan lah ye jangan lah buat-buat lupa sudah, Bukan dalam situasi sahabat je, banyak lagi situasi lain saje Azwan taknak fokuskan. Sebelum Azwan lupa, Azwan nak minta kalau Azwan ada hutang dengan korang, tolong bagitahu ye.


Semua point tu adalah perkongsian dari Ust Don. Azwan nak share kepada semua mana tahu ada pahalanya kat situ hehe.

Doakan Azwan tengah final year ye. InshaAllah Jan 2017 habis.

Akhir kata,

Jadilah Pemuda dan Pemudi yang beriman.

Azwan ZAmhari